Kedai Nan Cheese Viral




Pada suatu hari ni, aku teman kawan aku ni pergi universiti dia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dekat Tapah, Perak. Dia ni nak daftarkan diri dia dekat kolej kediaman dia tapi dia nak balik hari sebab dia tak buat sebarang persediaan pun untuk pulang ke kolej tu. Pendaftaran tu selesai dalam pukul 11 macam tu, dan kami rasa macam terlalu awal untuk balik ke Kuala Lumpur. Dengan itu kami pun berbincang dan rancang untuk pergi tempat yang menarik yang ada di negeri Perak ini. Kitaorang masa tu rasa agak menyesal sebab tak bawak baju lebih atau tuala ke, kalau tak, boleh dah mandi manda dekat Air Terjun Lata Kijang. Kawan aku pun cadangkan kat aku untuk pergi ke Tasik Cermin dekat Ipoh, Perak. Sebelum bergerak ke tempat yang kami cadangkan tu, kami singgah makan dekat satu restoran capati corner yang viral dengan nan cheese viral dia, aku pun cuba ah dia nan cheese sedap ke tak sedap en sampai boleh viral, dalam roti dia ada cheese mozzarella dan atas roti tu ada sos cheese. Roti ni dia datang tanpa  kuah tapi mungkin boleh mintak. Harga dia tak silap dalam RM8.50 dan aku rasa puas hati je kalau makan sorang tapi kalau jadi seorang student, makan sekali sekala okaylah.

Catatan popular daripada blog ini

Tasik Cermin